PENDUDUK menarik pukat dipercayai milik mangsa yang dilaporkan hilang di perairan Pulau Jambongan, Beluran, hari ini. FOTO Ihsan JBPM
PENDUDUK menarik pukat dipercayai milik mangsa yang dilaporkan hilang di perairan Pulau Jambongan, Beluran, hari ini. FOTO Ihsan JBPM
Hazsyah Abdul Rahman


NELAYAN dikhuatiri lemas apabila dilaporkan hilang selepas keluar memukat ikan di perairan Pulau Jambongan, dekat Beluran, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran Rastam Keladi berkata, lelaki itu dikenali sebagai Mustafa Opong, 47, dari Pulau Jambongan dikatakan keluar dari rumahnya sejak 5 pagi untuk menangkap ikan.

Katanya, lelaki itu dikatakan tidak pulang ke rumah sehingga tengah malam tadi menyebabkan ahli keluarganya membuat laporan polis pada 11. 30 pagi ini.

"Sepasukan anggota dari BBP Beluran kemudian dihantar ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

"Pada pagi tadi, pukat disyaki milik mangsa dilaporkan ditemui di perairan berkenaan. Bagaimanapun, bot mangsa tidak ditemui.

"Setakat ini, usaha mencari mangsa masih giat dijalankan," katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 January 2018 @ 5:25 PM