LOKASI dipercayai insiden bot nelayan diserang di peraiaran berhampiran Pulau Jambongan, Beluran. FOTO Hazsyah Abdul Rahman
LOKASI dipercayai insiden bot nelayan diserang di peraiaran berhampiran Pulau Jambongan, Beluran. FOTO Hazsyah Abdul Rahman
Hazsyah Abdul Rahman


Beluran: Bot nelayan tempatan diserang enam lelaki bersenjatakan M16 dan M203 dalam rompakan di perairan berhampiran Pulau Jambongan dekat sini, Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, kumpulan berkenaan yang menaiki bot pancung melarikan satu unit GPS, bateri, tiga lampu suluh, ikan serta

minyak diesel daripada bot mangsa.

Bagaimanapun, semua sembilan kru bot nelayan tempatan itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintenden V Shivananthan berkata, selepas kejadian, kumpulan bersenjata itu melarikan diri ke selatan Filipina.

"Kru bot nelayan tempatan itu kemudian membuat laporan polis di Beluran di sini, hari ini," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Oktober 2016 @ 6:54 PM