KEADAAN Sungai Golok yang dirakamkan pada kira-kira 12 tengah hari dari Jambatan Sungai Golok. Masih paras bahaya. FOTO Zaman Huri Isa
KEADAAN Sungai Golok yang dirakamkan pada kira-kira 12 tengah hari dari Jambatan Sungai Golok. Masih paras bahaya. FOTO Zaman Huri Isa
Yusmizal Dolah Aling


SIMPATI dengan nasib mangsa banjir di Pantai Timur, Badan Amal Tarbiah Sejagat (BATAS) Wilayah Persekutuan mengaktifkan bantuan ke pantai timur.

Pengerusinya, Saharudin Bakar, berkata barangan keperluan asas dan selimut sumbangan ahli dibawa ke Kelantan, tengah malam tadi.

Katanya, antara lokasi tumpuan misi empat hari itu adalah sekitar Pasir Mas.

“Kita turut mengadakan misi yang sama ketika banjir besar pada 2014,” katanya.

Saharudin berkata, selepas ini pihaknya juga bercadang ke Terengganu dan beberapa tempat lain seperti Perak dan negeri di utara.

Menurutnya, 20 orang aktivis BATAS yang berpengalaman mengendalikan 4WD akan ditugaskan ke kawasan yang ditenggelami air untuk menyerahkan bantuan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Disember 2017 @ 1:10 PM