Harun (tengah) bersama dua lagi pesawah menunjukkan padi yang rosak di Kampung Bendang Pakyong, Tumpat. Foto Siti Rohana Idris
Harun (tengah) bersama dua lagi pesawah menunjukkan padi yang rosak di Kampung Bendang Pakyong, Tumpat. Foto Siti Rohana Idris
Siti Rohana Idris


PADI ditanam belum pun sempat dituai, kini 25 pesawah di Kampung Bendang Pakyong, Tumpat bakal kerugian lebih besar, mencecah RM1 juta apabila tanaman itu tenggelam dalam banjir.

Sejak minggu lalu, sawah seluas 250 hektar milik mereka tenggelam susulan hujan berterusan dan tiada laluan air ke Sungai Golok.

Petani, Harun Omar, 56, berkata, mereka mula menabur benih padi untuk musim kedua itu pada Jun lalu, terlewat daripada jadual asal disebabkan banjir pada Januari yang lambat surut.

“ €œSepatutnya kita mula tabur benih pada April atau Mei, malangnya banjir awal tahun lalu pun lambat surut menyebabkan terpaksa mula tanam pada Jun.

“ €œMemang lari daripada jadual asal kerana padi musim pertama pun kita tanam mulai Mac disebabkan pada Januari, bendang tenggelam lagi.

“ €œKini, belum sempat kami nak merasa pulangannya, padi sudah rosak. Hampir semua dah berbuah, tapi sia-sia sahaja kerana tenggelam,”€ katanya yang mengusahakan sawah seluas 20 hektar.

Katanya, pesawah di beberapa kampung berhampiran turut berdepan masalah sama dan mereka sedar punca utama air lambat surut disebabkan tiada saluran sesuai untuk alirkan lebihan air ke sungai.

Menurutnya, sekiranya cuaca baik, air akan surut dalam tempoh dua minggu, namun kerap kali ia surut menjelang sebulan atau lebih.

“ €œSelain itu, kita juga mahu projek jambatan dan saluran di kawasan ini yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika lawatan banjir, Januari lalu disegerakan kerana boleh menyelesaikan masalah ini.

“ Banjir ‘termenung’€™ seperti ini lebih teruk kerana lambat surut dan menyebabkan lebih banyak kerugian,”€ katanya yang memberitahu 5,000 penduduk bakal terima manfaat daripada projek berkenaan.

Seorang lagi pesawah, Yusof Awang Kechik, 65, mengalami kerugian dianggarkan berjumlah RM15,000 untuk dua hektar tanah sawahnya.

Bukan sahaja kerugian dari segi hasil, dia turut menanggung kerugian modal yang mencecah RM1,000 termasuk benih dan baja.

"Saya berharap sangat agar pembinaan jambatan dan saluran dapat dibuat dengan segera kerana kami sudah tidak sanggup untuk terus menanggung kerugian kerana ini sahaja periuk nasi kami.

"Jambatan itu bukan sahaja dapat menyelamatkan tanaman padi, limpahan air banjir juga dapat disalurkan terus ke sungai (Golok) tanpa kami perlu menunggu berminggu-minggu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 November 2017 @ 11:08 AM