Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


Adinda Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Deanna Tuanku Munawir mangkat pada usia 62 tahun di Pusat Pakar Damansara, Selangor, pada 4.24 petang, hari ini.

Perkara itu disahkan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Seri Mat Ali Hassan.

Jurucakap Pejabat Setiausaha kerajaan negeri yang dihubungi berkata, Almarhum menghembuskan nafas terakhir akibat diabetes.

Katanya, jenazah Almarhum akan dibawa ke Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah dan dimakamkan selepas solat Jumaat esok.

Almarhum meninggalkan suami, Datuk Tengku Amran Tengku Mohd Yusof dan tiga puteri berusia 34 hingga 41 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 November 2017 @ 11:26 PM