Mazlan menunjukkan gambar suspek dikehendaki dan barangan hasil tangkapan kes pecah rumah di Putrajaya yang membabitkan kerugian sebanyak RM85,000. Foto Muhd  Zaaba Zakeria
Mazlan menunjukkan gambar suspek dikehendaki dan barangan hasil tangkapan kes pecah rumah di Putrajaya yang membabitkan kerugian sebanyak RM85,000. Foto Muhd Zaaba Zakeria
Nurul Hidayah Bahaudin


POLIS buru dua lelaki dipercayai ahli geng John yang aktif melakukan kegiatan pecah rumah di Putrajaya sejak 2015.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata, pihaknya berjaya menahan dalang utama geng berkenaan dikenali sebagai John berusia 34 tahun ketika dia memecah masuk sebuah rumah di Presint 11, Putrajaya, 27 Oktober lalu.

“ €œPemilik rumah berkenaan menghubungi polis selepas melihat suspek memasuki kediamannya melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di telefon bimbitnya kira-kira 8 pagi.

“ Pihak polis yang tiba beberapa minit kemudian berjaya menahan suspek dan merampas beg galas mengandungi pemutar skru, tukul kuku besi dan sarung tangan,”€ katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.

Mazlan berkata, pihaknya berjaya menahan enam individu lain yang juga ahli geng berkenaan dalam serbuan berasingan di sekitar Putrajaya, minggu lalu.

“€œHasil soal siasat terhadap lelaki itu, kami berjaya menahan enam suspek termasuk seorang lelaki warga Ghana yang berusia antara 23 hingga 62 tahun yang juga ahli geng berkenaan.

“Ekoran tangkapan itu, kami merampas tujuh telefon bimbit, empat komputer riba, lima jam tangan berjenama, dua tablet dan tiga logam emas seberat 83.1 gram,”€ katanya.

Beliau berkata, pihaknya masih memburu dua lagi individu iaitu Mohd Khairuddin Safi€™ai, 28, dan Amirul Razak, 29 tahun bagi membantu siasatan.

“ €œGeng ini dipercayai terbabit dengan lapan kes pecah di Putrajaya dan dua kes masing-masing di Ampang dan Shah Alam, Selangor sejak aktif melakukan kegiatan itu sejak 2015.

“ €œOrang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk siasatan lanjut,”€ katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 November 2017 @ 3:48 PM