PENDUDUK Taman Mangga, Bukit Mertajam, Nurul Syazana Roshidi, 23, bersama ahli keluarga yang lain membersihkan barangan perabot dan keperluan yang terjejas dalam banjir sejak tiga hari lalu. FOTO Amir Irsyad Omar

Shamsul Munir Safini

BANJIR di Pulau Pinang semakin pulih dengan hanya dua daripada lima daerah di negeri ini masih membuka pusat pemindahan sementara (PPS).

Sehingga 12 tengah hari tadi, 25 PPS masih dibuka di daerah Seberang Perai Tengah menempatkan 3,387 mangsa daripada 799 keluarga.

Manakala di daerah Seberang Perai Utara 18 PPS masih dibuka menempatkan 3,409 mangsa daripada 867 keluarga.

Berdasarkan aplikasi Infi Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) secara keseluruhan, 44 PPS masih dibuka di Pulau Pinang menempatkan 6,796 mangsa daripada 1,666 keluarga.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 November 2017 @ 3:48 PM