HISHAMMUDDIN (kiri) beramah mesra dengan penduduk ketika melawat dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir. FOTO Danial Saad
HISHAMMUDDIN (kiri) beramah mesra dengan penduduk ketika melawat dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir. FOTO Danial Saad
Hadzlihady Hassan


MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein meninjau kawasan yang terjejas banjir di Flat Penang Free School, Jalan Masjid Negeri, Georgetown, hari ini.

Beliau tiba diiiringi Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor pada 11.15 pagi.

Dalam lawatan itu, Hishammuddin meluangkan masa hampir sejam untuk bersama mangsa-mangsa banjir di perumahan berkenaan selain menghulurkan bantuan kepada mereka.

Menurutnya, tinjauan itu bertujuan menilai dan mengenal pasti bentuk bantuan pasca banjir yang boleh dihulurkan demi meringankan beban mangsa yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

"Saya juga sudah minta Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim dan Rejimen Askar Jurutera Diraja menilai bentuk bantuan yang bersesuaian.

"Ini termasuk pembaikan rumah dan insfrastruktur asas yang mengalami kerosakan kecil," katanya.

Menurutnya, ATM sememangnya bersiap siaga mengatur gerak anggota dan dan aset pada bila-bila masa sekiranya banjir berulang bukan saja di Pulau Pinang tetapi juga di negeri lain.

Berita berkaitan:

Dengus banjir

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 November 2017 @ 7:56 PM