CITRA Chinta Jefiz diselamatkan MOSAR selepas mengalami kesejukan melampau di kilometer 5, Gunung Kinabalu. FOTO Ihsan Bomba
CITRA Chinta Jefiz diselamatkan MOSAR selepas mengalami kesejukan melampau di kilometer 5, Gunung Kinabalu. FOTO Ihsan Bomba
Fardy Bungga


PENDAKI kanak-kanak perempuan terpaksa diselamatkan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Mencari dan Menyelamat Gunung (MOSAR) selepas mengalami kesejukan melampau di kawasan Villosa, kilometer 5, Gunung Kinabalu, 2 petang tadi.

Mangsa, Citra Chinta Jefiza, 6, difahamkan bersama lima ahli keluarga dan tiga malim gunung sedang dalam pendakian menuju ke pusat penginapan Laban Rata.

Bagaimanapun, hujan lebat dan berangin menyebabkan cuaca sejuk dan mangsa gagal meneruskan pendakian ke kawasan rehat kira-kira 1 kilometer dari tempat kejadian.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah, Khatizah Rahaban berkata, pihaknya menerima panggilan pada 2.14 petang dan mengerahkan sepasukan enam anggota MOSAR ke lokasi.

Katanya, mangsa terpaksa dibawa menggunakan kaedah 'Piggy Back Carry' ke kawasan rehat Laban Rata dan diberikan bantuan kecemasan untuk menstabilkan keadaan mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Oktober 2017 @ 6:32 PM