KAUM India membeli barangan keperluan bagi persiapan menyambut Hari Deepavali di Pasar Pudu.
KAUM India membeli barangan keperluan bagi persiapan menyambut Hari Deepavali di Pasar Pudu.
HM Digital

Kuala Lumpur: Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2017 baru saja dilaksanakan tiga hari tetapi ada segelintir peniaga mengambil kesempatan menjual barangan harga kawalan melebihi harga maksimum ditetapkan.

Malah, ada yang gagal mematuhi peraturan skim berkenaan iaitu meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu ke atas barangan harga kawalan bagi membezakannya dengan barangan lain.

Tinjauan Harian Metro di Pasar Pudu dan Chow Kit mendapati kesalahan itu banyak dilakukan peniaga sayur-sayuran seperti tomato, cili merah, bawang merah kecil (India), bawang besar import dan ubi kentang import (China).

Apabila disoal perkara itu, pekerja yang kebanyakannya warga asing memberitahu, majikannya tidak sempat menyediakan tanda harga itu.

Seorang pekerja yang hanya mahu dikenali sebagai Bilal, 20-an, berkata, harga pula diletakkan berdasarkan makluman daripada majikan.

“Saya tidak tahu kerana harga atau tanda harga, semuanya bos yang bagi. Saya hanya bekerja. Ikut saja,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Oktober 2017 @ 6:00 AM