Ketua Pegawai Eksekutif Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK) Sazally Saidi (gambar kecil) mengumumkan diskaun Deepavali bagi dua lebuhraya terbabit. FOTO Ketua Pegawai Eksekutif Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK) Rosdlin Mat Tahir

Siraj Mohd Zaini

PENGGUNA Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT) bakal menikmati diskaun tol RM0.60 dan RM0.20 pada sambutan Deepavali, Rabu ini.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK) Sazally Saidi bahawa insentif diskaun tol itu akan bermula 12.01 tengah malam sehingga 11.59 malam dan terbuka kepada semua kelas kenderaan.

Katanya, ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihak kumpulan sempena perayaan utama yang disambut masyarakat negara ini.

"Pihak LITRAK menanggung subsidi sebanyak RM280,000 bagi kedua-dua lebuh raya itu dan dijangkakan seramai 577,000 pengguna akan menikmati diskaun tol berkenaan.

"Inisiatif ini sudah diperkenalkan sejak 2010 dan diteruskan sehingga kini dengan harapan ia dapat memberi kemudahan kepada pengguna dan dalam masa sama meraikan musim perayaan di negara ini," katanya selepas Program Amal bersama Pusat Jagaan Agathians di I-City, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Oktober 2017 @ 5:19 PM