KETUA Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Kamil Hamadan (tengah) meneliti peta lokasi di tempat motosikal mangsa dijumpai sebelum meneruskan pencarian. IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
KETUA Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Kamil Hamadan (tengah) meneliti peta lokasi di tempat motosikal mangsa dijumpai sebelum meneruskan pencarian. IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
Amrullah Abdul Karim


LELAKI warga emas, Zulkafli Shaari, 62, dilaporkan hilang sejak empat hari lalu.

Dia dikatakan pergi memancing bersendirian di sekitar kawasan Kampung Pertak, Kuala Kubu Bharu.

Mangsa dikatakan keluar rumah pada kira-kira 3 petang, 27 September lalu, dengan bermotosikal namun masih tidak pulang ke rumah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Kamil Hamadan, berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari kedua hari ini.

Katanya, 60 anggota termasuk polis, Unit K9 dan orang awam terbabit dalam SAR.

"Pasukan SAR menemui motosikal mangsa di kawasan Sungai Selangor menghala Bukit Fraser, pada 12.30 tengah hari, iaitu kira-kira tujuh kilometer dari pusat kawalan bomba.

"Tindakan menjejaki mangsa sedang dijalankan bersama dua kumpulan diketuai Unit K9 di sepanjang Sungai Selangor ke hulu dan hilir sungai," katanya.

Menurutnya, usaha masih sedang giat dijalankan oleh tiga kumpulan SAR di sekitar kawasan Sungai Selangor ke Empangan Sungai Selangor, Pertak.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 September 2017 @ 5:31 PM