KEJADIAN tanah runtuh di Kilometer 140 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli. IHSAN Polis Diraja Malaysia
KEJADIAN tanah runtuh di Kilometer 140 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli. IHSAN Polis Diraja Malaysia
DJ Dolasoh


PENGGUNA yang melalui Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli dinasihatkan berwaspada berikutan berlakunya tanah runtuh di Kilometer 140 JRTB, di Gerik, kira-kira 3 petang ini.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa, berkata runtuhan itu tidak menghalang lalu-lintas namun dikhuatiri berlakunya runtuhan susulan.

Menurutnya, lokasi runtuhan itu adalah lokasi lama yang pernah berlaku kejadian sama.

“JKR (Jabatan Kerja Raya) daerah dan BWSB (Belati Wangsa Sendirian Berhad) sudah dimaklumkan dan sedang dalam tindakan pembersihan serta pemantauan.

“Tindakan awal sudah diambil dengan menyediakan papan tanda amaran di lokasi itu dan pengguna diminta berhati-hati ketika melalui kawasan itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 September 2017 @ 6:32 PM