PENGARANG  Bersekutu Rencana Harian Metro, Husain Jahit (dua dari kiri) menerima bungkusan McDonald’s daripada Pengarah Urusan VoxEureka, Jonathan Tan (kiri) sempena  McDelivery Day di Balai Berita, The New Straits Times Press (M) Berhad, semalam.

HM Digital

Kuala Lumpur: McDonald’s Malaysia akan memberikan perkhidmatan penghantaran percuma dan tiada permintaan minimum bagi pelanggan setianya pada 16 September ini bersempena McDelivery Day yang juga Hari Malaysia.

Tawaran ini sah untuk semua pesanan McDelivery yang ada di laman web dan aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun melalui Apps Store dan Play Store.

Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi Operasinya Azmir Jaafar berkata, McDelivery Day adalah salah satu cara bagi McDonald’s meraikan pelanggan setianya.

McDelivery Day cara kami merayakan Hari Malaysia dan menghargai pelanggan yang memberikan sokongan,” katanya.

McDonald’s merayakan Global McDelivery Day di 13 negara untuk memperingati pertumbuhan dan kejayaan perkhidmatan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 September 2017 @ 6:15 AM