Petikan video kejadian samun di depan taska yang tular di Facebook hari ini.
Petikan video kejadian samun di depan taska yang tular di Facebook hari ini.
Nabihah Kamal

 

DUA pembantu taska diacu parang sebelum disamun dua lelaki di depan taska di Taman Sri Gombak, hari ini.

 Dalam kejadian 6.25 pagi, dua wanita itu membuka pintu taska sebelum didatangi dua lelaki yang menunggang motosikal Yamaha LC.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad  berkata, suspek acukan parang ke arah mangsa sebelum meminta wang daripada mereka yang berusia 25 tahun itu.

“Mangsa yang dalam ketakutan menyerahkan RM102 kepada suspek.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan," katanya.

Hari ini, tular di Facebook dua wanita diserang penyamun yang bersenjatakan parang.

Dalam berdurasi 40 saat itu, seorang lelaki memakai topi keledar mengadukan parang dan menggertak mangsa supaya menyerahkan wang.  

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 September 2017 @ 6:20 PM