Ibrahim Isa


ENAM rumah kedai dan satu stor simpanan pelbagai kelengkapan perniagaan di Kampung Jawa, Panchor, Muar, musnah dalam kebakaran, 9.30 malam tadi.

Ketua Balai Bomba Bukit Gambir, Mohd Khairul Sufian Dahari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.36 malam sebelum enam jentera membabitkan 22 anggota termasuk dari Balai Bomba Muar dikejarkan ke tempat kejadian.

"Sebaik tiba, kami dapati api marak dengan pantas dan memusnahkan keseluruhan enam rumah kedai tidak kekal dan satu stor simpanan.

"Kebakaran merebak ke beberapa rumah di kawasan berhampiran namun kami berjaya mengawalnya sebelum menamatkan operasi pada 12.50 tengah malam," katanya.

Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pihaknya masih menyiasat punca kejadian serta jumlah kerugian.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 September 2017 @ 12:36 PM
KEBAKARAN rumah kedai di Kampung Jawa. FOTO Ihsan Pembaca
KEBAKARAN rumah kedai di Kampung Jawa. FOTO Ihsan Pembaca