GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Azma Razana Johari


LELAKI maut dalam kemalangan melibatkan dua kereta dan sembilan motosikal di Kilometer (KM) 8.0 Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth arah Bagan Ajam, hari ini.

Dalam kejadian 2.30 pagi itu, mangsa berusia 20 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, kejadian berlaku selepas mangsa yang menunggang motosikal seorang diri terlanggar motosikal lain di hadapanya sebelum terjatuh.

Sumber berkata, akibat pelanggaran itu, kereta dari arah sama gagal mengelak dan melanggar mangsa sebelum melarikan diri.

Lebih malang lagi, mangsa turut dilanggar sebuah lagi kereta dan tujuh motosikal lain yang gagal mengelak.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Ogos 2017 @ 1:12 PM