LORI kemalangan selepas cuba mengelak motosikal. FOTO ihsan DBKL
LORI kemalangan selepas cuba mengelak motosikal. FOTO ihsan DBKL
Nazreen Shah Md Salim


PEMANDU lori nyaris maut apabila kenderaan yang dipandunya terbalik dan terseret 50 meter di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur dari arah Sungai Besi ke pusat bandar, 5. 30 pagi, hari ini.

Dalam kejadian itu, pemandu, Pahmi Sarahing, 45, cedera dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussein berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila lori tanpa muatan itu cuba mengelak motosikal sebelum hilang kawalan di lokasi kejadian.

"Lori berkenaan merempuh pembahagi jalan sebelum terbalik dan terseret 50 meter.

"Kerja mengalihkan lori masih dijalankan dan penutupan jalan sementara di lokasi kejadian. Semua kenderaan dilencongkan ke Bulatan Kampung Pandan,"katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Ogos 2017 @ 10:52 AM