MAHDZIR menerima replika cek sumbangan kepada 240 pelajar SK Datin Fatimah bagi membolehkan mereka membuka akaun SSPN daripada Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar & Operasi) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Mastura Mohd Khalid. FOTO Muhaamad Hafis Nawawi
MAHDZIR menerima replika cek sumbangan kepada 240 pelajar SK Datin Fatimah bagi membolehkan mereka membuka akaun SSPN daripada Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar & Operasi) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Mastura Mohd Khalid. FOTO Muhaamad Hafis Nawawi
Muhaamad Hafis Nawawi


SEBANYAK RM20 juta peruntukan sudah diluluskan Kerajaan Persekutuan tahun ini untuk melaksanakan Program My New School melalui pendekatan Strategi Lautan Biro Kebangsaan (NBOS) di mana sekolah terpilih itu akan dijadikan hab komuniti.

Peruntukan itu membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Rawa, Kedah; SK Ulu Yam, Selangor; SK Selandar, Melaka dan SK Kampung Acheh, Pahang masing-masing menerima RM5 juta.

Sementara itu peruntukan sebanyak RM7.5 juta lagi bagi program ini masih dalam perbincangan membabitkan SK Dato' Klana Putra, Negeri Sembilan (RM3 juta); Dewan di PPD Jerantut (RM1 juta); SK Datin Fatimah, Kedah (RM500,000) dan SK Pandasan, Sabah (RM3 juta).

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahadzir Khalid berkata, idea Program My New School ini adalah untuk memaksimumkan penggunaan sumber sedia ada dan dipelbagaikan dengan kerjasama kementerian serta agensi terbabit.

Menurutnya, fokus program ini adalah kepada sekolah rendah daif yang terpilih untuk pembangunan secara fizikal.

"Pembangunan secara fizikal ini membabitkan pembinaan bangunan menggunakan bahan yang mesra alam dan tempoh menyiapkannya juga singkat serta selamat digunakan.

"Ia membabitkan pembinaan pembangunan infrastruktur sekolah di mana selepas siap ia boleh dijadikan hub komuniti untuk mengadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan," katanya kepada pemberita pada sidang media Majlis Perasmian NBOS My New School di Sekolah Kebangsaan (SK) Datin Fatimah, Padang Terap, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Ogos 2017 @ 7:11 PM