ABDUL Jalil (tiga dari kiri), Norazzah (tengah) dan Yushaimi menunjukkan aplikasi telefon SIR Challenge.
ABDUL Jalil (tiga dari kiri), Norazzah (tengah) dan Yushaimi menunjukkan aplikasi telefon SIR Challenge.
HM Digital

Kuala Lumpur: Pertandingan mengeja terbesar negara, RHB-New Straits Times Spell-It-Right (SIR) Challenge 2017 memperkenalkan kaedah dalam talian bagi dua cabaran pertama iaitu pusingan awal dan negeri dalam penganjuran kali kesepuluhnya.

Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Datuk Abdul Jalil Hamid berkata, pengenalan itu selari dengan kecanggihan teknologi dan era digital.

“Bagi penganjuran kali ini, peserta boleh menyertai pertandingan menerusi laman sesawang sir.nstp.com.my atau aplikasi telefon SIR Challenge yang boleh dimuat turun dalam App Store serta Google Play Store.

“Ini kali pertama kaedah dalam talian digunakan sebagai pembaharuan format dalam pertandingan itu,” katanya ketika merasmikan pertandingan itu di Balai Berita NSTP, di sini, semalam.

Hadir sama dalam perasmian pertandingan anjuran Kumpulan Perbankan RHB (RHB) dan NSTP itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan RHB merangkap Ketua Pegawai Komunikasi Kumpulan RHB, Norazzah Sulaiman serta Pengarang Kumpulan New Straits Times, Yushaimi Maulud Yahaya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Ogos 2017 @ 5:16 AM