Mohd Fazzry   menunjukkan luka  terjatuh dari motosikal akibat dikejar anjing liar.
Mohd Fazzry menunjukkan luka terjatuh dari motosikal akibat dikejar anjing liar.
HM Digital

Parit Buntar: Seorang pekerja restoran, cedera di mulut, patah tiga gigi dan luka di siku apabila motosikal yang ditunggang hilang kawalan selepas dikejar sekumpulan empat anjing liar di Taman Kurau Aman, Kuala Kurau, Sabtu lalu.

Mangsa, Mohd Fazzry Mohd Yusof, 26, kini trauma dan masih berehat di rumah akibat kecederaan yang dialaminya.

Mohd Fazzry berkata, kejadian berlaku jam 6 petang ketika dia diarahkan majikan untuk mengambil bekalan udang segar di kawasan berhampiran restoran tempatnya bekerja.

Menurutnya, ketika menunggang motosikal, dia mendapati empat anjing liar berlegar-legar
di kawasan taman perumahan
di belakang premis restoran majikannya.

“Saya menunggang motosikal melalui jalan belakang ke kediaman pembekal udang berkenaan yang terletak
di taman perumahan itu.

“Setibanya di satu selekoh berhampiran rumah pembekal udang, saya terkejut apabila mendapati tiga daripada empat anjing liar berkenaan bertindak agresif dan mengejar saya secara tiba-tiba,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Ogos 2017 @ 5:45 AM