Mohd Hilmie Hussin


DUA pusat pemindahan banjir dibuka di daerah Melaka Tengah selepas lima kawasan terjejas akibat hujan lebat sejak 2 pagi, hari ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata, dua pusat pemindahan iaitu di Balairaya Peringgit dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah dibuka sejak 7 pagi.

"Kawasan terjejas adalah Kampung Hampar, Pulau Melaka, Sungai Putat, Taman Bukit Beruang Bestari serta Taman Melawi Bukit Beruang.

"Bilangan keluarga dan jumlah mangsa sedang dikemaskini," kata Effendy.

Tinjauan Harian Metro di sekitar Sungai Putat mendapati air naik hingga paras satu meter dan mula memasuki rumah seawal 3 pagi.

Difahamkan, hujan lebat dan air laut pasang besar menyebabkan air sungai melimpah.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Ogos 2017 @ 10:36 AM
ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengangkat barang di rumah mangsa banjir di Kampung Sungai Putat. FOTO Muhammad Zuhairi Zuber
ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengangkat barang di rumah mangsa banjir di Kampung Sungai Putat. FOTO Muhammad Zuhairi Zuber
KANAK-KANAK bermain air di hadapan rumah yang dinaiki air di Kampung Sungai Putat. FOTO Muhammad Zuhairi Zuber
KANAK-KANAK bermain air di hadapan rumah yang dinaiki air di Kampung Sungai Putat. FOTO Muhammad Zuhairi Zuber
RUMAH mangsa yang dinaiki air di Kampung Sungai Putat. FOTO Muhammad Zuhairi Zuber
RUMAH mangsa yang dinaiki air di Kampung Sungai Putat. FOTO Muhammad Zuhairi Zuber
KEADAAN kawasan bandar Melaka yang dinaiki air selepas hujan lebat di Jalan Masjid Kampung Hulu. FOTO Rasul Azli Samad
KEADAAN kawasan bandar Melaka yang dinaiki air selepas hujan lebat di Jalan Masjid Kampung Hulu. FOTO Rasul Azli Samad