Nur Saliawati Salberi

LIMA buah keluarga di Kampung Bukit Belian, Bukit Rambai, Melaka terjejas akibat banjir kilat berikutan hujan lebat berpanjangan, hari ini.

Difahamkan, hujan lebat bermula sejak 11 pagi dan berlarutan hingga 5 petang ini menyebabkan air naik setinggi 0.5 meter.

Ketua Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Banjir Negeri (JPBN) Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali berkata, pusat pemindahan banjir dibuka pada 7.15 malam di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Rambai kerana dikhuatiri paras air meningkat jika hujan berterusan, malam ini.

"Sehingga 9.15 malam ini, terdapat lima buah keluarga dipindahkan terdiri 45 mangsa membabitkan 22 orang dewasa, 21 kanak-kanak dan seorang bayi berusia 32 hari," katanya.

Katanya, kesemua mereka ditempatkan di pusat pemindahan sementara sehingga keadaan kembali pulih dan keperluan asas termasuk makan minum dipantau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Ogos 2017 @ 10:18 PM
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka melakukan rondaan di Kampung Bukit Belian, Bukit Rambai yang dinaik air, malam ini. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka melakukan rondaan di Kampung Bukit Belian, Bukit Rambai yang dinaik air, malam ini. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan