KEADAAN treler yang kemalangan dengan lori.
KEADAAN treler yang kemalangan dengan lori.
Siraj Mohd Zaini

Pelabuhan Klang: Suami isteri meninggal dunia apabila lori dinaiki melanggar belakang treler rosak di Jalan Zon Bebas Pelabuhan Klang menuju ke Klang, jam 1.40 pagi kelmarin.

Mohamad Azharudin Md Selasa, 32, yang memandu lori dan Nordila Mat Tajudin, 30, meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala serta badan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, mangsa melanggar belakang treler di lorong kanan jalan berkenaan.

“Ketika kejadian, jalan sehala dua lorong itu gelap kerana tiada lampu jalan. Berikutan kemalangan, gandar belakang treler patah manakala dua kontena kosong dibawa terjatuh ke jalan raya.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat,” katanya, semalam.

Beliau berkata, pemandu treler itu selamat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Jun 2017 @ 5:54 AM