Junaidi Ladjana

PREMIS judi dalam talian yang berselindung di sebalik restoran diserbu sepasukan polis dalam Ops Bersepadu, di Jalan Putaton-Bandason Dungkahang, Penampang, malam semalam.

Dalam serbuan jam 10.45 malam itu, lebih lima lelaki sedang leka bermain judi dalam talian dan terkejut sebaik menyedari kehadiran polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dan D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah (IPK).

Polis turut menahan seorang lelaki berusia 43 tahun disyaki penjaga pusat judi berkenaan bagi membantu siasatan.

Turut dirampas 15 set komputer pelbagai jenama yang sudah diubah suai untuk kegiatan perjudian berkenaan.

Operasi yang berakhir kira-kira 1 pagi itu diketuai Pegawai Serbuan Inspektor Azmizan Daiman dan Inspektor Hasryman Osman bersama sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Jun 2017 @ 2:38 AM
Premis judi dalam talian  diserbu sepasukan polis di Jalan Putaton-Bandason Dungkahang, Penampang, malam semalam. FOTO Junaidi Ladjana
Premis judi dalam talian diserbu sepasukan polis di Jalan Putaton-Bandason Dungkahang, Penampang, malam semalam. FOTO Junaidi Ladjana