Fairul Asmaini Mohd Pilus


Kajang: Sambutan Aidilfitri kali ini lebih bermakna buat penghuni Penjara Wanita Kajang, di sini apabila menerima kunjungan pengasas Aidijuma, Datin Norjuma Habib menerusi Program Sehelai Tudung Segunung Harapan.

Kunjungan hampir tiga jam itu itu diselitkan dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya sesi tatarias serta tutorial pemakaian tudung, kuiz, penyampaian sumbangan serta lawatan ke bengkel pemulihan.

Menurut Norjuma, program itu turut mendapat kerjasama Jabatan Penjara Malaysia, Parol Daerah Klang dan Kelab Persona Aidijuma.

Katanya, ia antara aktiviti tanggungjawab sosial korporat syarikatnya dalam usaha untuk membantu masyarakat.

“Menerusi program ini, kami sumbangkan lebih 350 tudung kepada penghuni yang beragama Islam dan kakitangan penjara sebagai tanda ingatan untuk memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri kali ini.

“Kami teruja berpeluang menziarahi penghuni dan berharap kunjungan ini memberi harapan baru kepada mereka bahawa masyarakat luar tidak meminggirkan mereka,” katanya pada majlis berkenaan, semalam.

Hadir sama Timbalan Pengarah Penjara Wanita Kajang Norneelah Syukor.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Jun 2017 @ 5:51 AM
NORJUMA bermesra dengan penghuni Penjara Wanita Kajang pada program  Sehelai Tudung Segunung Harapan Aidijuma.
NORJUMA bermesra dengan penghuni Penjara Wanita Kajang pada program Sehelai Tudung Segunung Harapan Aidijuma.