Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung Deputi Superintendan Chong Boo Khim menyoal siasat individu (blur muka) yang ditahan dalam operasi bersepadu di sekitar Pulau Pangkor, Manjung. FOTO NOOR HIDAYAH TANZIZI.
Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung Deputi Superintendan Chong Boo Khim menyoal siasat individu (blur muka) yang ditahan dalam operasi bersepadu di sekitar Pulau Pangkor, Manjung. FOTO NOOR HIDAYAH TANZIZI.
Noor Hidayah Tanzizi


POLIS menahan dua lelaki yang mempunyai tatu di badan bagi menyiasat jika individu berkenaan terbabit dalam sebarang aktiviti atau kumpulan samseng dalam operasi bersepadu di sekitar Pulau Pangkor, hari ini.

Operasi yang berakhir pada 4 petang itu dijalankan dengan kerjasama Pasukan Polis Marin, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung Deputi Superintendan Chong Boo Khim berkata, usaha itu antara inisiatif polis dalam mencegah jenayah di sekitar daerah ini.

"Kita menahan dua lelaki warga tempatan berusia 37 dan 39 tahun yang mempunyai beberapa tatu di badan bagi menjalankan siasatan lanjut sama ada mereka terbabit dengan mana-mana pertubuhan atau kumpulan samseng kerana ia mempunyai unsur sebegitu.

"Bagaimanapun, kita akan menjalankan siasatan secara terperinci bagi mengenal pasti jika ia berlaku dan kedua-dua suspek berkerja sebagai pembantu kedai makan dan pemandu lori," katanya.

Menurutnya, pihaknya turut menahan tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) berusia antara 25 hingga 40 tahun membabitkan seorang lelaki warga Bangladesh, empat lelaki Indonesia dan dua wanita Indonesia.

"Semua warga asing yang ditahan didapati memiliki dokumen tamat tempoh serta meragukan dan semua mereka tahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen manakala dua lelaki berkenaan mengikut Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, di sini.

Dalam pada itu, Chong berkata, pihaknya turut mengeluarkan 50 saman atas pelbagai kesalahan trafik seperti memandu laju, tidak memakai topi keledar, tiada lesen dan nombor plat kenderaan, tidak mempamerkan pelekat P dan tiada cermin sisi.

Katanya, pihaknya turut membuat tangkapan waran tangkap sebanyak lima waran manakala JPJ turut mengeluarkan sebanyak 20 saman atas pelbagai kesalahan.

Keterangan gambar:

pangkor1: PANGKOR 5 JUNE 2017. Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung Deputi Superintendan Chong Boo Khim menyoal siasatan individu (blur muka) yang ditahan dalam operasi bersepadu di sekitar Pulau Pangkor, Manjung. STR/NOOR HIDAYAH TANZIZI.

pangkor2,3: PANGKOR 5 JUNE 2017. Polis menahan dua individu yang mempunyai tato bagi siasatan lanjut bagi mengenal pasti terlibat dalam kumpulan samseng dalam operasi bersepadu di sekitar Pulau Pangkor, Manjung. STR/NOOR HIDAYAH TANZIZI.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Jun 2017 @ 8:31 PM