bangkai  dugong yang ditemui dianggarkan berusia 10 hingga 20 tahun.
bangkai dugong yang ditemui dianggarkan berusia 10 hingga 20 tahun.

Mersing: Bangkai dugong jantan yang ditemui terdampar oleh penduduk Kampung Tanjung Balang, Pulau Tinggi di sini, kelmarin dianggarkan berusia 10 tahun hingga 20 tahun.

Bangkai mamalia akuatik seberat 150 kilogram dan sepanjang dua meter itu dijumpai jam 5 petang sebelum penduduk memaklumkannya kepada Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) Negeri Johor untuk tindakan susulan.

Pengarah (JTLM) Negeri Johor Mohd Nizam Ismail berkata, kakitangannya dikerah ke lokasi untuk mengambil mamalia laut itu bagi tindakan lanjut.

Beliau berkata, bangkai dugong itu diserahkan kepada Jabatan Perikanan Malaysia Negeri Johor (JPMNJ) bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan Pegawai Veterinar JPMNJ bersama Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 April 2017 @ 7:38 AM