Mohd Tarmizi  di  Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.
Mohd Tarmizi di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.

Kuala Terengganu: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam kerana menetak kepala abang kandungnya menggunakan parang kerana berang mangsa meludahnya.

Keputusan itu dibuat Majistret Abdul Hayyi Salim selepas tertuduh, Mohd Tarmizi Abd Rasid, 36, dari Kampung Baru Seberang Takir, Kuala Nerus mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera menggunakan senjata.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Mac 2017 @ 10:34 AM