SEORANG  bekas pegawai kanan FELDA (kanan) dibebaskan Mahkamah Majistret, semalam.
SEORANG bekas pegawai kanan FELDA (kanan) dibebaskan Mahkamah Majistret, semalam.

Putrajaya: Dua bekas pegawai kanan FELDA yang disiasat berkaitan kes salah guna kedudukan bagi projek penternakan ikan Sturgeon bernilai RM47.6 juta sejak 2014, dibebaskan daripada tahanan reman oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam

Perintah itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman kepada bekas Pengarah Besar FELDA bergelar Datuk dan bekas Timbalan Pengarah Besar (Pengurusan Sumber Strategik), masing-masing berusia 57 dan 53 tahun.

Kedua-dua mereka dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM400,000 setiap seorang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Februari 2017 @ 6:39 AM