ANGGOTA penguat kuasa KPDNKK merampas barangan tiruan.
ANGGOTA penguat kuasa KPDNKK merampas barangan tiruan.
Fardy Bungga

Kuala Lumpur: Tawaran jualan murah jenama terkenal. Itu antara taktik promosi digunakan tiga premis dikesan menjual kasut dan selipar tiruan.

Ketiga-tiga premis di pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman itu, dikesan menawarkan harga runtuh untuk memperdayakan pelanggan terutama pelancong asing.

Susulan maklumat itu, sepasukan pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur melakukan serbuan untuk pemeriksaan.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Wilayah Persekutuan Wan Mohd Yusof Wan Taib berkata, sembilan anggota termasuk pegawai penguat kuasa KPDNKK melakukan pemeriksaan selepas risikan selama seminggu dijalankan.

“Susulan serbuan mengejut itu, pihak KPDNKK merampas pelbagai kasut dan selipar tiruan berjenama terkenal antaranya Gucci, Louis Vuitton, Nike, New Balance dan Converse,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Oktober 2016 @ 9:49 AM