AGU Salim
AGU Salim
Mohd Hafizee Mohd Arop


Ipoh: Seorang pengurus sebuah syarikat kawalan keselamatan dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan dan denda keseluruhan RM199,476.20 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan memalsukan borang tuntutan gaji sejak Januari 2012 hingga Mei 2014.

Tertuduh Agu Salim Saibi, 55, membuat pengakuan itu selepas ketiga-tiga tuduhan mengikut Seksyen 18, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim S Indera Nehru.

Indra Nehru menjatuhkan hukuman bagi tuduhan pertama iaitu penjara 18 bulan serta denda RM73,819.97, penjara 18 bulan serta denda RM79,946.75 bagi tuduhan kedua dan 18 bulan penjara dan denda RM46,339.60 dan mengarahkan hukuman penjara berjalan serentak bermula semalam dan tambahan penjara enam bulan lagi jika gagal membayar denda.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 September 2016 @ 9:37 AM