Luqman
Luqman
myMetro

Kuala Pilah: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang tidak sanggup lagi menjadi hamba seks bapa tirinya sejak tiga tahun lalu melaporkan kejadian terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah, kelmarin.

Mangsa yang tertekan akibat perbuatan keji bapa tirinya yang berusia 44 tahun menceritakan kisah malangnya itu kepada gurunya sebelum laporan polis dibuat.

Sumber berkata, mangsa yang juga anak sulung daripada dua beradik mendakwa diperkosa bapa tirinya apabila ibunya yang berusia 40-an tiada
di rumah.

“Lelaki terbabit yang juga peniaga mengugut mangsa supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa. Mangsa yang takut dipengapakan hanya mampu mendiamkan diri,” katanya.

Menurut sumber, akibat tertekan dan tidak sanggup lagi diperlakukan sedemikian menyebabkan mangsa menceritakan kejadian itu kepada guru sekolah tempatnya belajar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Luqman Abdul Rahman berkata, bapa tiri mangsa sudah ditahan polis
di kediamannya, selepas pihaknya menerima laporan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Ogos 2016 @ 5:17 AM