SUSPEK ditahan penduduk sebelum diserahkan kepada polis.
SUSPEK ditahan penduduk sebelum diserahkan kepada polis.
myMetro

Jitra: Seorang remaja lelaki hanya sempat mencuri RM3 daripadatabung Masjid Pulau Ketam, di sini, sebelum ditahan penduduk yang menyedari perbuatan itu kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.45 petang itu, suspek berusia 18 tahun singgah ke masjid dan terus mengorek wang di dalam tabung.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Abd Hadi Hassan berkata, bagaimanapun perbuatannya itu disedari seorang penduduk yang terus menahannya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan menemui tiga keping RM1 di dalam genggaman tangan kanan suspek.

“Penduduk segera menghubungi polis sebelum anggota URB (Unit Rondaan Bermotosikal) dan MPV (Unit Peronda Polis) menahan remaja terbabit,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Julai 2016 @ 5:40 AM