Orang ramai mengambil kesempatan bergambar bersama Mohd Shafie  dalam majlis rumah terbuka.
Orang ramai mengambil kesempatan bergambar bersama Mohd Shafie dalam majlis rumah terbuka.
myMetro

Kota Belud: Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak menolak andaian untuk menubuhkan parti baru di negeri ini bagi memperjuangkan agenda politik tempatan.

Menurut Mohd Shafie, pengumuman parti baru itu akan dilakukan dalam tempoh terdekat sejurus segala aspek persiapan diselesaikan.

“Perjuangan parti baru ini mengetengahkan isu setempat, nasional selain memperjuangkan hak pembangunan bandar dan luar bandar secara sama rata.

“Tunggulah, bila sampai waktunya. Kita mahu perjuangkan pelbagai isu termasuk keselamatan dan pembangunan sama rata,” katanya ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bersama Penduduk Kota Belud di Rampayan Laut, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat negeri Datuk Lajim Ukin.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Julai 2016 @ 9:38 AM