ANTARA warga asing yang ditahan manakala gambar bulat, pegawai Imigresen menemui laluan rahsia.
ANTARA warga asing yang ditahan manakala gambar bulat, pegawai Imigresen menemui laluan rahsia.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Lumpur: Seramai 38 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIMWPKL) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam serbuan di Taman Shamelin Perkasa, di sini, awal pagi semalam.

Dalam serbuan bermula jam 12.30 tengah malam, pihak berkuasa menahan pendatang tanpa izin (Pati) dari Indonesia, Myanmar, Vietnam, Nepal dan Bangladesh.

Penolong Pengarah Imigresen Wilayah Persekutuan Mohd Sharulnizam Ismail berkata, pihaknya memeriksa 171 individu di dua premis hiburan sebelum menahan 38 atas kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan sah atau tinggal melebihi tempoh.

Menurutnya, ada individu ditahan atas kesalahan salah guna pas, selain tiga warga tempatan dipercayai penjaga premis.

“Kami berusaha mengesan majikan atau pemilik premis terbabit bagi tindakan selanjutnya.

“Semua individu ditahan dibawa ke depoh tahanan Jalan Duta untuk siasatan lanjut,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Jun 2016 @ 5:34 AM