MOHAMAD Sabri menunjukkan data responden yang sihat dan tidak sihat.
MOHAMAD Sabri menunjukkan data responden yang sihat dan tidak sihat.
Oleh Nordiana Shafiee

Sintok: Seorang pensyarah Pusat Pengajian Pengkomputeran Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini, membangunkan mekanisme terbaru menggunakan sistem komputer dikenali sebagai ‘Automatics Heart Disease Detecting Using ECG Signals’ bagi menganalisis data jantung seseorang pesakit.

Elektrokardiogram (ECG) secara umum menjadi rujukan berguna dalam mengenal pasti keadaan ketidaktentuan jantung manusia daripada pelbagai sudut dan terdapat pelbagai jenis penyakit kritikal dapat dikaitkan dengan masalah jantung.

Mohamad Sabri Sinal @ Zainal, 28, yang baru menamatkan pengajian Sarjana di Institut Teknologi Shibaura, Tokyo, Jepun, berkata, sistem berkenaan diperkenalkan bagi menyelesaikan pelbagai masalah rumit secara efektif di mana analisis data berkenaan mempunyai kadar ketepatan yang tinggi.

Menurutnya, terdapat bahagian-bahagian penting dalam data ECG pesakit menjadi fokus utama sepanjang melakukan analisis keadaan jantung supaya sebarang penyakit berkaitan jantung dapat dikesan di peringkat awal.

Katanya, berikutan itu kajian selama dua tahun berkenaan menggunakan lebih 30 data responden sihat dan tidak sihat diambil dari hospital bagi tujuan uji kaji secara berkomputer dengan durasi denyutan setiap seorang adalah

Beliau yang bakal melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Jepun, berkata, dua daripada mekanisme berkenaan turut diberikan tahap ‘novelty’ yang tinggi pada International Conference: Innovation in Medicine and Healthcare 2015 di Kyoto, Jepun pada tahun lalu.

Katanya, hasil kajian menggunakan data sebenar pesakit membuktikan kemampuan kepintaran buatan berkomputer untuk menyelesaikan beberapa masalah dalam kehidupan harian manusia terutama memantau tahap kesihatan dengan lebih efisien.

“Saya juga akan memperkenalkan kaedah hibrid untuk mengenal pasti secara automatik risiko angin ahmar pada peringkat awal melalui pengesanan simptom terbabit yang dikesan melalui data ECG pesakit secara berkomputer,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Mac 2016 @ 9:14 AM