Anggota penguat kuasa JPJ memeriksa motosikal.
Anggota penguat kuasa JPJ memeriksa motosikal.

Kuala Lumpur: Lesen tertinggal di rumah dan ada yang disimpan kekasih. Itu antara alasan tidak munasabah segelintir penunggang motosikal yang ditahan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam operasi di Jalan Bangsar, di sini.

Dalam operasi bermula jam 8.30 pagi hingga jam 11 malam, JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPJ WPKL) mengeluarkan 169 saman dan menyita 14 motosikal menerusi operasi khas berkenaan.

Ketua Bahagian Penguatkuasa JPJ WPKL Norhadzli Mohd Azhar berkata, operasi itu bertujuan menurunkan kadar kemalangan di sekitar ibu kota.

Seramai 40 pegawai dan anggota ditempatkan di lokasi itu bagi memeriksa kenderaan terutama motosikal.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 January 2016 @ 5:12 AM