Oleh Intan Mas Ayu Shahimi

Kuala Lumpur: Dewan Rakyat diberitahu semalam, wujud fenomena gerakan antivaksin di laman sosial yang secara terang menolak vaksinasi untuk anak seawal usia bayi.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata, kelompok itu dikesan aktif menyebarkan beberapa hujah tidak tepat untuk mempengaruhi masyarakat.

“Antara yang dipertikai adalah status halal vaksin kepada orang Islam, kandungan vaksin yang boleh mengancam kesihatan dan nyawa, kesan sampingan vaksin dan keberkesanan vaksin.

“Selain itu, mereka juga mendakwa program imunisasi dijalankan kerajaan melemahkan umat Islam serta menyebarkan pelbagai keburukan vaksin,” katanya.

Tegas Dr Hilmi, umat Islam tidak perlu bimbang dengan status halal setiap vaksin disediakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berikutan tiada satupun mengandungi DNA babi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Oktober 2015 @ 7:34 AM