Sokhma Khim ditemui dalam celah pakaian.
Sokhma Khim ditemui dalam celah pakaian.
Oleh Abu Bakar Al Sidek

Teluk Intan: Seorang wanita warga Kemboja nekad bersembunyi dalam longgokan pakaian sebuah almari bagi mengelak dicekup anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen di sebuah rumah di Taman Pertama di Langkap, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.45 tengah malam itu, wanita berusia 29 tahun yang dikenali sebagai Sokhma Khim itu bersembunyi dalam almari pakaian berukurang 1.2 meter x 0.9 meter apabila menyedari pegawai imigresen menyerbu rumah berkenaan.

Ketua Jabatan Imigresen Teluk lntan Khairul Anuar Sulaiman berkata, pihaknya mengambil masa sejam menggeledah rumah dua tingkat yang mempunyai sembilan bilik itu, tetapi tidak menemui sesiapa.

“Namun, ketika hendak keluar meninggalkan rumah, seorang daripada pegawai saya mengesyaki sesuatu apabila terpandang almari pakaian dalam bilik di tingkat atas rumah itu.

“Sebaik membukanya, pegawai terbabit mendapati seorang wanita bersembunyi di celah pakaian,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2015 @ 6:24 AM