Oleh Intan Mas Ayu Shahimi

Kuala Lumpur: “Saya tidak pernah terfikir soal anugerah sepanjang bergelumang dalam dunia kewartawanan dan yakin perkara sama turut dilalui kebanyakan pengamal media sebenar di luar sana,” kata bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Ahmad Rejal Arbee, 74.

Beliau dinobatkan sebagai Tokoh Wartawan Negara Ke-10, sementara bekas Penolong Pengarang Kumpulan, New Straits Times (NST), Allahyarham Zainon Ahmad diangkat menjadi Tokoh Wartawan Negara Posthumous di majlis penganugerahan Tokoh Wartawan Negara Hadiah Kewartawanan Malaysia Institut Akhbar Malaysia (MPI) - Petronas 2014, di sini, semalam.

Menurut Ahmad Rejal, anugerah itu memberi makna cukup besar kepadanya selepas 40 tahun bergelar pengamal media.

“Saya bangga dengan pengiktirafan ini, namun terkilan kerana tidak banyak meluangkan masa bersama keluarga ketika di dunia kewartawanan.

“Justeru, saya anggap anugerah ini sebagai ganti rugi atas pengorbanan yang saya lakukan dulu,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 September 2015 @ 9:13 AM