Oleh dan Asmah Rusman dan Nabihah Kamal

Kuala Lumpur: Sanggup membayar nafkah dan kos ‘sewa’ suami lelaki tempatan dengan bayaran RM500 hingga RM1,000 sebulan semata-mata mahu tinggal di negara ini.

Malah ada antara wanita warga asing ini yang bergiat aktif sebagai pelayan pelanggan (GRO) atau pelacur menawarkan imbuhan seks secara bulanan kepada suami ‘separuh masa’ yang sudi memperisterikan mereka.

Itu antara taktik yang dikesan digunakan pakai segelintir wanita ini bagi mengelak mereka ditahan anggota imigresen atau dihantar pulang ke negara asal sekiranya diberkas pihak berkuasa.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, taktik berkahwin dan mendaftar perkahwinan olok-olok dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bukan perkara baru berikutan ia sudah lama dilakukan oleh wanita warga asing.

Menurutnya, secara teknikal sememangnya perkahwinan itu sah di sisi undang-undang namun mereka ini tidak tinggal sebumbung.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 September 2015 @ 9:06 AM