ABDUL Wahab
ABDUL Wahab
KASSIM (tengah) membawa penumpang.
KASSIM (tengah) membawa penumpang.
Oleh Nazdy Harun

Kuala Terengganu: “Usia senja bukan penghalang untuk mencari rezeki dengan mengayuh beca walaupun ketika berpuasa,” kata Abdul Wahab Abdul Rahman, 70, dari Kampung Sungai Derhaka, dekat sini.

Menurutnya, usia dan bulan Ramadan bukan alasan baginya tidak mengayuh beca kerana yakin pekerjaan yang dilakukan sejak 40 tahun lalu itu mampu menyihatkan badannya.

“Walaupun pada bulan Ramadan, rutin harian saya tetap sama kerana pada setiap hari bermula jam 9 pagi, saya akan bertolak dari rumah ke Pasar Besar Kedai Payang (PBKP) untuk membawa penumpang.

“Hampir satu jam saya mengayuh beca untuk tiba di pekarangan pasar itu yang terletak 12 kilometer dari rumah sebelum menunggu penumpang yang ingin menggunakan perkhidmatan beca.

“Kalau dikira jarak perjalanan setiap hari apabila menghantar penumpang ke destinasi, ditambah dengan jarak antara rumah dengan pasar mencecah 50 kilometer,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Jun 2015 @ 8:53 AM