ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa yang ditemui.
ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa yang ditemui.
Oleh Mohd Fadly Samsudin

Kuala Lumpur: Seorang penuntut Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) yang disangkakan sedang tidur di dalam kereta diletakkan di Jalan Dang Wangi di sini, sebaliknya disahkan mati dibunuh.

Mayat lelaki warga Arab Saudi itu ditemui orang ramai jam 7.36 malam semalam, selepas mereka curiga terhadap keadaan suspek yang terbaring di tempat duduk belakang kenderaan itu sejak awal pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata, berdasarkan maklumat saksi, kereta model Toyota Camry berwarna putih itu diletakkan di tepi jalan berhadapan sebuah kedai motosikal sejak jam 8.30 pagi.

Menurutnya, mangsa ditemui terbaring dalam keadaan berdarah tanpa baju di tempat duduk belakang kereta.

“Mangsa turut mengalami kesan lebam di anggota badan dipercayai dibelasah sekumpulan lelaki.

“Berdasarkan maklumat awal diterima, mangsa bersama dua lagi rakannya dikatakan pergi ke sebuah pusat hiburan berhampiran lokasi kejadian,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Jun 2015 @ 10:06 AM