ANGGOTA bomba mengangkat mangsa untuk dibawa ke hospital.
ANGGOTA bomba mengangkat mangsa untuk dibawa ke hospital.
Oleh Arifin Salleh

Kluang: “Saya terkejut melihat mangsa dalam keadaan tubuh berasap sambil mengerang kepanasan berulang kali dan berguling-guling di atas lantai garaj,” kata S Sitamah, 64, saksi kejadian letupan gas membabitkan warga Nepal, di Taman Sri Kluang, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari itu, mangsa Suresh Baram, 27, melecur hampir 20 peratus termasuk bahagian tangan, kaki, leher dan rambut selepas tong gas yang diletakkan di dalam bilik tidurnya meletup ketika sedang tidur.

Berikutan kecederaan dialami, mangsa dihantar ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang menggunakan sebuah kenderaan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Difahamkan, sebelum kejadian mangsa dipercayai menyimpan sebuah tong gas memasak dalam bilik tidurnya selepas keletihan pulang dari kerja pada sebelah malam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Jun 2015 @ 10:30 AM