PENGUASA kastam menunjukkan dadah yang dirampas.
PENGUASA kastam menunjukkan dadah yang dirampas.
Oleh Mohd Husni Mohd Noor


Putrajaya: Tiga cubaan menyeludup dadah dipatahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) masing-masing pada 23 April dan 3 Mei lalu.

Pengarah Kastam KLIA Datuk Chik Omar Chik Lim berkata, pihaknya merampas 12.09 kilogram (kg) Methamphetamine dan ganja bernilai RM2.1 juta.

Beliau berkata, kes pertama dilaporkan pada 23 April lalu membabitkan rampasan 10 tin makanan dari bungkusan melalui syarikat penghantaran cepat.

“Bungkusan itu tiba dari Lagos, Nigeria dialamatkan kepada penerima di Klang, Selangor. Hasil siasatan mendapati bungkusan mengandungi 10 tin makanan, ikan kering dan cili kering.

“Namun, pemeriksaan lanjut mendapati tujuh daripada tin itu mengandungi serbuk putih Methamphetamine dan selebihnya diisi dengan ketulan ganja mampat,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mei 2015 @ 9:36 AM