KEADAAN kereta yang terbabit nahas tiga kenderaan.
KEADAAN kereta yang terbabit nahas tiga kenderaan.
Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

Johor Bahru: Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan, maut tercampak dari kereta dipandu bapanya dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 22, Lebuhraya PLUS arah selatan dekat susur keluar ke Senai di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu, Syifatul Mardhiyah Mohammad Yusof dipangku ibunya di tempat duduk penumpang depan sebelum tercampak keluar dari kenderaan itu dan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya Superintendan Razak Md Said berkata, Proton Exora dipandu bapa mangsa yang berusia 30-an, dalam perjalanan dari rumah mereka di Kulaijaya untuk menghantarnya ke rumah nenek di Gelang Patah, di sini.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu, ibu mangsa juga berusia 30-an dilaporkan patah kaki dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

“Bapa mangsa yang cedera ringan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim Kulaijaya dan bedah siasat bayi itu turut dijalankan di hospital berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Mei 2015 @ 10:07 AM