Kuala Lumpur: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel bagi bulan Mei kekal pada paras semasa, menurut jurucakap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kepada BERNAMA, malam tadi.

Harga tidak berubah bagi bulan ketiga berturut-turut, dengan petrol RON95 kekal pada RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter dan diesel pada RM1.95 seliter. Harga berkenaan berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Mei. - BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Mei 2015 @ 9:54 AM