KERETA yang remuk selepas terbabit kemalangan di Jalan Kampung Merbau Sempak- Sungai Buloh, malam tadi.
KERETA yang remuk selepas terbabit kemalangan di Jalan Kampung Merbau Sempak- Sungai Buloh, malam tadi.

Sunga Buloh: Tiga maut manakala empat cedera termasuk dua kanak-kanak selepas kereta dinaiki mereka bertembung di Jalan Sungai Buloh menghala ke Kuala Selangor berhampiran simpang Saujana Utama, di sini, malam tadi.

Kejadian jam 9.50 malam dipercayai berlaku apabila kereta Proton Waja dari arah Kuala Selangor masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Perodua Myvi dari arah Sungai Buloh.

Jurucakap bomba dan penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.55 malam sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, terdapat kemalangan membabitkan dua kereta dinaiki dua keluarga membabitkan tujuh mangsa termasuk dua kanak-kanak.

“Tiga lelaki dewasa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala empat lagi iaitu dua wanita dan dua kanak-kanak parah dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh,” katanya.

Difahamkan, siasatan awal kejadian tidak menolak kereta Proton Waja hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan menyebabkan ia bertembung dengan Proton Myvi yang berada di laluan itu.

Kereta Proton Waja dinaiki tiga lelaki manakala Perodua Myvi dinaiki satu keluarga termasuk dua kanak-kanak.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 April 2015 @ 5:23 AM