KESAN   darah pada tempat duduk pemandu serta penumpang depan.
KESAN darah pada tempat duduk pemandu serta penumpang depan.
Oleh Muhammad Apendy Issahak

Ipoh: Tiga penjenayah berbahaya dipercayai terbabit dalam kegiatan samun dan rompakan di sekitar bandar raya ini dan beberapa kawasan lain ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan pasukan polis di Jalan Kompleks Sukan berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak, Kampung Simee, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, ketiga-tiga suspek yang menaiki kereta Honda Accord ditembak mati di lokasi kejadian dan polis turut merampas dua senjata api bersama suspek.

Semua suspek dipercayai berbangsa India ditembak mati oleh pasukan polis daripada Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman yang menjalankan operasi bersama Jabatan Siasatan Jenayah Perak.

Menurut seorang penduduk yang rumahnya terletak berhampiran kawasan kejadian, ketika kejadian berlaku dia dan keluarga berborak di depan rumah sebelum dikejutkan dengan kereta Honda Accrod warna perak yang memecut laju dikejar kereta Toyota Caldina hitam.

“Kereta terbabit turut dikejar beberapa kenderaan lain termasuk kenderaan polis dan secara tiba-tiba kedengaran beberapa das tembakan.

“Saya dan keluarga yang terkejut terus masuk ke dalam rumah dan naik ke tingkat atas untuk melihat dengan lebih jelas melalui tingkap apa terjadi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 April 2015 @ 10:12 AM